Saturday, December 05, 2009

Team News & Preview

Arsenal vs Stoke City

Arsenal akan cuba bangkit selepas tewas kepada City dan Arsenal dengan jaringan 3-0, ini menunjukkan mereka kehilangan bisa di bahagian serangan setelah kehilangan RVP dan kini Gunners kehilangan khidmat wallcot yang mengalami hamstring.


Kali terakhir Stoke memenangi perlawanan di tempat lawan adalah di White Hart Lane dengan jaringan 1-0 pada bulan Oktober lalu.

Saya merasakan perlawanan di Emirates akan berakhir ngan seri.
Pemain Harapan:Eduardo


Aston Villa vs Hull

Villa yang berjaya menempah tiket ke separuh akhir Carling Cup pasti ingin meneruskan rentak kemenangan mereka setelah seri empat dari enam perlawanan liga sebelum ini. Downing yang membuat penampilan pertama selepas kecederaan bermain dengan cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika menetang Pompey tempoh hari.


Hull akan cuba meneruskan kehebatan mereka yang belum tewas empat perlawanan berturut-turut. Sekembalinya Bullard dari kecederaan Hull tampak lebih baik persembahan mereka berbanding di awal musim.

Kemenangan tipis mungkin berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Pemain Harapan:Agbonlahor


Wigan vs Birmingham

Roberto Martinez akan menurunkan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Sunderland minggu lepas.


Birm juga tidak akan merubah kesebelasan mereka ketika menewaskan Wolves. Bowyer yang telah menjaringkan 5 gol untuk Blue’s musim ini pasti akan dikawal ketat oleh barisan Wigan.

Rodallega pasti menjadi sandaran Wigan dan beliau amat diharapkan dapat menjaringkan sebarang dua gol dan memastikan Wigan menang.
Pemain Harapan:Rodallega


Blackburn Rovers vs Liverpool

David Dunn akan diuji samada beliau cergas untuk bermain menetang Liverpool. Sam juga telah sembuh dan akan berada di stadium untuk memberi semangat kepada pemainnya


Liverpool mungkin tanpa Torres yang masih belum sembuh dari kecederaan manakala Degen kembali selepas digantung perlawanan.


Mungkin perlawanan di Ewood Park akan berakhir dengan keputusan seri kerana kedua-dua pasukan kekurangan bisa dibahagian serangan.
Pemain Harapan:Riera?


Wolves vs Bolton

Kightly tidak akan beraksi selama lapan minggu kerana beliau akan menjalani pembedahan di pergelangan kakinya.


Kapten K.Davies digantung satu game, Elmander mungkin akan berpasangan dengan Klasnic untuk bahagian serangan Bolton

Hmmmm Wolves tak kuat sangat, Bolton dengan ketiadaan K.Davies mungkin berkesudahan dengan seri.
Pemain Harapan:Doyle


Portsmouth vs Burnley

Kaboul digantung satu perlawanan  dan kecederaan D.James tidak lah seteruk seperti dijangkakan mungkin akan diturunkan untuk minggu ni.


Nugent yang dipinjamkan ke Burnley tidak boleh bermain menentang pasukannya sendiri. Kapten S.Caldwell digantung satu perlawanan.

Pompey telah tewas enam dari tujuh perlawanan di tempat sendiri jadi Burnley mungkin dapat mencuri tiga mata di Fratton Park.
Pemain Harapan:Fletcher


Man City vs Chelsea

SWP akan diuji kecergasannya selepas cedera ketika Carling Cup, Bellamy dan Ireland dikatakan 50:50 untuk diturunkan kerana masih belum sembuh sepenuhnya.


Kalou dan Bosingwa tidak akan beraksi beberapa minggu akibat kecederaan.

Adakah City akan seri lagi untuk kali ke lapan berturut-turut? Tetapi Chelsea sangat kuat dan konsisten jadi Drogba MWG.
Pemain Harapan:Droggggyy


Everton vs Spurs

Heitinga digantung satu game setelah menerima lima kad kuning. Gosling dan Distin tidak pasti akan diturunkan akibat kecederaan ketika Europa League.


King dan Woodgate masih belum sembuh.

Kedua-dua pasukan mengalami masalah di bahagian pertahan jadi mungkin kita akan menyaksikan pesta gol 3-3?
Pemain Harapan:Saha


Fulham vs Sunderland

Johnson, Kamara dan Etuhu masih cedera. S. Davies mengalami kecederaan kecil munkin diletakkan di bangku simpanan.


K.Jones kembali selepas bermain di liga simpanan.

Fulham agak kuat bermain di tempat sendiri jadi tanpa was-was Fulham menang.
Pemain Harapan:Duff


West Ham vs Man Utd

Top scorer C.Cole tidak akan beraksi untuk seketika selepas mengalami kecederaan lutut minggu lepas begitu juga dengan Behrami, Upson dan Diamanti.


VDS kembali ke gawang tetapi tidak bagi O’Shea, Evans dan Fabio yang masih lagi belum sembuh dari kecederaan.

Promises! Nuff said.
Pemain Harapan:Promises

0 comments: