Friday, August 14, 2009

It's Back


Season baru bola sepak inggeris (BPL) sudah bermula. Hidup peminat-peminat bola sepak pasti melonjak keriangan kerana kembalinya liga BPL yang menjanjikan aksi-aksi terhebat daripada pemain terkemuka dunia.


Ketika transfer window dibuka pada 1 July banyak kelab-kelab telah membawa trolley mereka ke pasaraya..eh apa lu cerita nie ingat shopping ka? Mmg shopping tapi shopping player tak perlu bawak trolley, sediakan duit banyak-banyak beli je ikut suka hati diaorang terutama sekali Real Madrid yang telah menyambar pemain yang seakan akan rupa aku (dari tepi bak kata chaer. Aku pun tak tau lah celah mana) iaitu C.Ronaldo dari Man U, pemain terbaik dunia Kaka, penyerang muda K.Benzema dan juga pemain tengah harapan X.Alonso dari Liverpool. Man City tak kurang hebatnya dengan menyambar 5 pemain yang beraksi di BPL seperti G.Barry, E.Adebayor, C.Tevez, R.Santa Cruz dan K.Toure. Liverpool pula mendapatkan khidmat G.Jonhson dan A.Aquilani manakala Chelsea menyambar Y.Zhirkov dan D.Sturridge. Arsenal hanya mendapatkan T.Vermaelen dari Ajax.


Pasti ramai penyokong Man U ingin melihat bagaimana The Red Devil dapat mempertahankan taktha BPL kali ini selepas kehilangan C.Ronaldo dah juga C.Tevez dan digantikan dengan A.Valencia dan M.Owen. Saya harap Man U akan dapat mengekalkan kejuaraan liga yang terhebat ini.

1 comments:

buih said...

ape barang?

3:34 PM