Hari miss penalti sedunia



Apesal la minggu lepas jugak dorang terutama sekali fabregas nak miss penalty..kalau nak buat pun bagitau laaa awal awal ada hari miss penalti sedunia tidak aku terpinga-pinga melihat rembatan fabregas diselamatkan oleh Sorensen. Antara meraka yang miss penalti adalah Ronaldo(which is me) curi this quote from my fren "which is fletcher" Dindane, Defoe dan juga Lampard, tapi ada baik nya juga sebab Chelsea kalah ngan City jadi kurang 2 point je skang ngan United.

United pula bermain dengan kekurangan pemain pertahanan yang semuanya cedera lalu SAF meletakkan dua pemain tengah iaitu Fletcher dan juga Carrick bermain di posisi yang tidak menepati citarasa mereka.Tetapi dengan sikap profesionalism mereka berjaya mengekang West Ham dari meyumbat sebarang gol. Syabas betty!

Ada informasi yang saya ingin kongsikan bersama dengan anda semua..untuk minggu ke 15 YFF ada double game jadi disini anda perlu berjaga-jaga dengan pemain yang kalau die kene kad kuning 1st game confirm 2nd game tak leh main iaitu mereka nie dah collect 4 kad kuning..so kalau 5 kad kuning terus gantung 1 game.

Aston Villa - Agbonlahor, A.Young
Birmingham - Carr
Blackburn - Dunn
Bolton - Muamba, Samuel
Burnley - Mears, Carlisle
Chelsea - Drogba, Ivanovic
Everton - Cahill
Liverpool - Carragher, Skrtel
Man Utd - Evra
Man City - de Jong
Pompey - O'hara, KPB, Mokoena
Stoke - Whelan, Fuller, Shawcross
Sunderland - Bardsley
Spurs - Jenas, Hutton
West Ham - Faubert
Wolves - Stearman

Cuma Arsenal, Wigan, Fulham dan Hull sahaja yang pemain mereka belum sampai 4 kad kuning

Sekian...ZazeEeSsSssS
Read More

Team News & Preview

Arsenal vs Stoke City

Arsenal akan cuba bangkit selepas tewas kepada City dan Arsenal dengan jaringan 3-0, ini menunjukkan mereka kehilangan bisa di bahagian serangan setelah kehilangan RVP dan kini Gunners kehilangan khidmat wallcot yang mengalami hamstring.


Kali terakhir Stoke memenangi perlawanan di tempat lawan adalah di White Hart Lane dengan jaringan 1-0 pada bulan Oktober lalu.

Saya merasakan perlawanan di Emirates akan berakhir ngan seri.
Pemain Harapan:Eduardo


Aston Villa vs Hull

Villa yang berjaya menempah tiket ke separuh akhir Carling Cup pasti ingin meneruskan rentak kemenangan mereka setelah seri empat dari enam perlawanan liga sebelum ini. Downing yang membuat penampilan pertama selepas kecederaan bermain dengan cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika menetang Pompey tempoh hari.


Hull akan cuba meneruskan kehebatan mereka yang belum tewas empat perlawanan berturut-turut. Sekembalinya Bullard dari kecederaan Hull tampak lebih baik persembahan mereka berbanding di awal musim.

Kemenangan tipis mungkin berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Pemain Harapan:Agbonlahor


Wigan vs Birmingham

Roberto Martinez akan menurunkan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Sunderland minggu lepas.


Birm juga tidak akan merubah kesebelasan mereka ketika menewaskan Wolves. Bowyer yang telah menjaringkan 5 gol untuk Blue’s musim ini pasti akan dikawal ketat oleh barisan Wigan.

Rodallega pasti menjadi sandaran Wigan dan beliau amat diharapkan dapat menjaringkan sebarang dua gol dan memastikan Wigan menang.
Pemain Harapan:Rodallega


Blackburn Rovers vs Liverpool

David Dunn akan diuji samada beliau cergas untuk bermain menetang Liverpool. Sam juga telah sembuh dan akan berada di stadium untuk memberi semangat kepada pemainnya


Liverpool mungkin tanpa Torres yang masih belum sembuh dari kecederaan manakala Degen kembali selepas digantung perlawanan.


Mungkin perlawanan di Ewood Park akan berakhir dengan keputusan seri kerana kedua-dua pasukan kekurangan bisa dibahagian serangan.
Pemain Harapan:Riera?


Wolves vs Bolton

Kightly tidak akan beraksi selama lapan minggu kerana beliau akan menjalani pembedahan di pergelangan kakinya.


Kapten K.Davies digantung satu game, Elmander mungkin akan berpasangan dengan Klasnic untuk bahagian serangan Bolton

Hmmmm Wolves tak kuat sangat, Bolton dengan ketiadaan K.Davies mungkin berkesudahan dengan seri.
Pemain Harapan:Doyle


Portsmouth vs Burnley

Kaboul digantung satu perlawanan  dan kecederaan D.James tidak lah seteruk seperti dijangkakan mungkin akan diturunkan untuk minggu ni.


Nugent yang dipinjamkan ke Burnley tidak boleh bermain menentang pasukannya sendiri. Kapten S.Caldwell digantung satu perlawanan.

Pompey telah tewas enam dari tujuh perlawanan di tempat sendiri jadi Burnley mungkin dapat mencuri tiga mata di Fratton Park.
Pemain Harapan:Fletcher


Man City vs Chelsea

SWP akan diuji kecergasannya selepas cedera ketika Carling Cup, Bellamy dan Ireland dikatakan 50:50 untuk diturunkan kerana masih belum sembuh sepenuhnya.


Kalou dan Bosingwa tidak akan beraksi beberapa minggu akibat kecederaan.

Adakah City akan seri lagi untuk kali ke lapan berturut-turut? Tetapi Chelsea sangat kuat dan konsisten jadi Drogba MWG.
Pemain Harapan:Droggggyy


Everton vs Spurs

Heitinga digantung satu game setelah menerima lima kad kuning. Gosling dan Distin tidak pasti akan diturunkan akibat kecederaan ketika Europa League.


King dan Woodgate masih belum sembuh.

Kedua-dua pasukan mengalami masalah di bahagian pertahan jadi mungkin kita akan menyaksikan pesta gol 3-3?
Pemain Harapan:Saha


Fulham vs Sunderland

Johnson, Kamara dan Etuhu masih cedera. S. Davies mengalami kecederaan kecil munkin diletakkan di bangku simpanan.


K.Jones kembali selepas bermain di liga simpanan.

Fulham agak kuat bermain di tempat sendiri jadi tanpa was-was Fulham menang.
Pemain Harapan:Duff


West Ham vs Man Utd

Top scorer C.Cole tidak akan beraksi untuk seketika selepas mengalami kecederaan lutut minggu lepas begitu juga dengan Behrami, Upson dan Diamanti.


VDS kembali ke gawang tetapi tidak bagi O’Shea, Evans dan Fabio yang masih lagi belum sembuh dari kecederaan.

Promises! Nuff said.
Pemain Harapan:Promises
Read More

This Weekend Fixtures

Sat 5th Dec 2009
Portsmouth v Burnley - Live on ESPN(812) @ 8.40pm
Arsenal v Stoke  
Aston Villa v Hull
Blackburn v Liverpool - Live on StarSports(813) @ 11.00pm
West Ham Utd v Man Utd - Live on ESPN(812) @ 11.00pm
Wigan v Birmingham
Wolves v Bolton
Man City v Chelsea - Live on ESPN(812) @ 1.25am

Sun 6th Dec 2009
Fulham v Sunderland - Live on StarSports(813) @ 11.00am
Everton v Tottenham - Live on ESPN(812) @ 12.00am
Read More

Manchester Derby



Manchester derby sekali lagi akan terjadi selepas diundi dalam separuh akhir kejuaraan yang kebanyakkannya anak anak muda bermain. Pasukan muda United telah menewaskan Spurs dengan 2 jaringan Darron Gibson manakala City pula menewaskan Arsenal 3-0 yang menurukan pemain peringkat umur budak kolej yang kurang keyakinan diri.

Lagi satu semi-final adalah Villa yang menundukkan Pompey yang masih menduduki tangga bawah liga dan Blackburn dengan penuh dramatik menewaskan Chelsea dengan penalti shoot out. Gael Kakuta yang akan menyebabkan Chelsea di banned dari membeli player gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan merembat tepat ke arah Robinson. Perlawanan separuh akhir nie akan berlangsung pada 4 dan 18 January 2 legs ek!

Carling Cup Semi Final
Manchester City v Manchester United
Blackburn v Aston Villa

Read More